Antara syarat untuk dibenar menduduki peperiksaan lesen memandu ialah calon mesti mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan.

Kisah tular yang dilaporkan oleh Chinapress.com berkenaan seorang lelaki Tionghua telah dilarang menduduki ujian memandu kerana gagal mematuhi etika berpakaian dengan memakai baju tidak berkolar.

Pemuda Tionghua berkenaan menemui seorang pemuda Melayu yang kebetulan memakai baju jaket berkolar berada diluar kawasan peperiksaan.

Setelah mengetahui masalah pemuda Tionghua berkenaan, tanpa berlengah beliau terus menanggalkan jeket berkolar dan memberikan kepada pemuda Tionghua berkenaan.

Semoga semangat saling membantu memudahkan kawan mesti sentiasa dipupuk dikalangan rakyat Malaysia

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pujian untuk pemuda Semangat 1Malaysia menghulurkan bantuan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares