Otak adalah organ pintar anugerah bagi setiap makhluk.

Namun kepintaran otak mesti dibaja atau diberi kekuatan melalui pemakanan yang tepat.

Pakar pemakanan sentiasa mengingatkan supaya menjauhi makanan yang diproses mengandungi gula pasir putih dan juga gula fruktosa ekstrak dari jagung.

Keduanya menyebabkan kesan buruk kepada perkembangan otak.



Telur kuning Mengandungi mineral kolin dan triptofan sangat penting untuk otak.


Kuning telor yang sering dibuang kerana takut kandungan kolesterol sebenarnya kaya dengan vitamin A, D dan B12 yang sangat baik untuk merangsang otak.

Kolesterol dimakan terus dari bahan asli telah dikenalpasti tidak merbahaya kepada jantung.

Sebagaimana fruktosa dalam buah tidak merbahaya asalnya dimakan bersama buahnya.


Otak anda menukarkan mineral kolin kepada asetilkolin , iaitu penjana tenaga otak atau neurotransmitter yang membantu sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain.

Kajian terkini berjaya menemui kesan kuning telor keatas otak.

Ingatan akan lebih baik dan kekal lebih lama berbanding kekurangan kolin.

Sumber makanan lain untuk mendapatkan mineral kolin termasuk gandum dan daging, terutamanya hati.

Kolin mengurangkan keradangan dan menggalakkan fungsi otak, seperti mengekalkan ingatan dan komunikasi antara sel-sel otak.

Telur juga mengandungi tryptophan yang tinggi, asid amino yang merupakan asas untuk hormon serotonin — hormon “kebahagiaan” pasti membuatkan anda kekal tenang dan mudah mengawal emosi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kuning Telur mesti dimakan setiap hari untuk kecergasan otak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares