Bubar maksudnya hilang kuasa
Kuasa pemerintahan dikembalikan kepada rakyat untuk memilih saf kepimpinan baru yang bersesuaian dengan citarasa rakyat.




PRU -15 bakal berlangsung sedikit masa lagi. Perdana Menteri Dato’Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran parlimen pada 10/10/2022.

Yang menariknya pembubaran parlimen kali ini menyebabkan sebilangan parti-parti menuduh tindakan pembubaran adalah zalim kerana dilakukan dalam suasana negara bakal berhadapan dengan banjir.

Mereka berkata pilihanraya banjir ini menyusahkan rakyat terpaksa keluar mengundi dalam keadaan air banjir menenggelami kawasan tertentu.

Itu hujah mereka. Bagi pihak yang bersetuju dengan PRU15 ini diadakan segera juga ada hujah tersendiri.

Antaranya PRU-15 merupakan peluang ahli parti turun membantu jentera banjir seterusnya dapat bertemu dengan penduduk kawasan terjejas. Ini menunjukkan dengan jelas semangat untuk berkhidmat tanpa mengira apa halangan mendatang.

Malah PRN Melaka tempoh hari juga dijalankan ketika banjir melanda negara. Tiada bunyi rungutan PRN Melaka ketika banjir adalah tindakan zalim.

Persoalan yang bermain diminda sebahagian yang membantah PRU-15 dan bertindak tidak membubar dewan undangan negeri contohnya Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan . Pulau Pinang masih belum membuat keputusan samada hendak membubar DUN serentak dengan pembubaran parlimen.

Apa yang jelas ialah langkah tidak membubar DUN serentak dengan pembubaran parlimen memberi beberapa implikasi

1) Sikap tamak kuasa kerana enggan membubar DUN

2) Tidak berkeyakinan untuk dapat terus berkuasa jika DUN dibubarkan pada waktu ini. Alang-alang bakal hilang kuasa, biarkan DUN bubar dengan sendirinya nanti. Sekurang-kurangnya masih dapat menikmati kemewahan berkuasa untu beberapa bulan lagi.

3) Dijangka dalam tempoh 9 bulan lagi kesemua DUN cukup tempoh mandat dan terbubar secara otomatik.

Dari Analisa ini pembaca dapat mengenalpasti bubar atau tangguh yang mana satu gila kuasa.


Bubar maksudnya serah kuasa, Tangguh maksudnya kekal berkuasa.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Naratif gila kuasa: Bubar kesannya hilang kuasa atau Tangguh untuk kekal berkuasa " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares