Dalam pembentangan bajet 2023 Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkongsikan hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan satu daripada dua orang dewasa di negara ini mempunyai berat badan obes.

Malaysia dilaporkan menjadi juara sebagai negara paling obes di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di Asia.
Keadaan ini merupakan satu isu kesihatan awam yang perlu diambil berat.
Oleh demikian, di dalam pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama, Zafrul mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk Agenda Nasional Malaysia (ANMS). Ianya bagi memupuk gaya hidup sihat sekaligus mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit atau kronik akibat dari obesiti.
Obesiti telah dikenalpasti antara punca utama penyebab kepada kencing manis, darah tinggi, strok, kanser, jantung dan arthritis di kalangan rakyat dalam negara ini.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Obesiti Malaysia No.1 Asia Tenggara dan No.2 di Asia " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.