Pihak kawalan serangga memberikan jaminan dos racun nyamuk dikawal rendah sekadar membunuh nyamuk dewasa.

Semburan asap racun nyamuk bagaimanapun tidak membunuh jentik dalam takungan air.
Kesan buruk
Terdapat beberapa tindak balas buruk yang diketahui termasuk gatal-gatal, terbakar, rasa tercucuk pada kulit, sakit kepala, sawan, gegaran, muka memerah dan bengkak, asma, bersin, hidung tersumbat dan loya.
Pencinta alam sekitar mendakwa pengabusan racun serangga ini sangat toksid kepada kucing dan juga boleh membunuh haiwan pemangsa nyamuk seperti lebah, rama-rama, pepatung dan kelawar serta burung.
Kajian mendapati kelawar dan pepatung merupakan mesin pembunuh nyamuk semula jadi yang berkesan.

Pihak kawalan serangga sewajarnya beralih menggunakan agen-agen pemangsa nyamuk semulajadi.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Semburan asap racun nyamuk kesan kepada alam sekitar " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.