Pokok Selaput Tunggul (Daun Ulam Gila)

Ingatkan pokok selaput tunggul in tak berguna. Rupanya begitu banyak khasiat. Setiap Kejadian Allah tidak ada satu pun sia-sia.

Pokok ini hidup meliar dan mudah didapati di kebun terbiar.

Cara makan dibuat ulam atau boleh rendam seperti teh.

Kandungan fiber dan antioksidan yang tinggi menjadikan daun ulam gila ini menjadi penawar dan kesihatan khusus awet muda.

1. Pokok menjalar ini berkhasiat untuk merawat penyakit gastrik dan ada juga orang yang buat nasi ulam guna pucuk ulam ini.


2. Ia boleh dijadikan ubat memberhentikan pendarahan luka. Gunakan beberapa helai dengan ramas daun hingga ia mengeluarkan jus berwarna hijau dan lekapkan kepada luka untuk menahan pendarahan.


3. Rawatan darah tinggi, kencing manis

Rebus 3-5 helai daun dengan 3 cawan air. Sehingga tinggalkan jumlah secawan, minum sehari sekali.

4. Ramuan awet muda kulit sentiasa segar berseri-seri

Caranya Celur, buat ulam. Rasanya agak pahit.

5. Merawat kencing manis. Buat ulam 2 ke 3 helai. Gula dalam darah menurun dengan syarat pantang gula pasir sepenuhnya.

6. Strok dan darah tinggi. 3-5 helai kisar halus jadikan jus minum 1 kali sehari.

7. Menghilangkan panau dan jerawat . Segenggam daun ulam gila dibuat pes. Sapukan kebahagiaan kulit berpanau atau berjerawat.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tak Sangka Khasiat Tinggi Daun Ulam Gila " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares