Strok/angin ahmar saraf dan salur darah sumbat atau mengalami koyakkan akibat keradangan teruk.

Saluran darah bahagian otak menjadi sasaran strok.

Salur darah sumbat menyebabkan darah dan oksigen tidak sampai ke sel otak.

Ini menyebabkan sel otak yang terbabit akan mati.

Kesannya akan berlaku gangguan keatas tubuh mangsa seperti lemah longlai, tidak mampu mengangkat tangan atau kaki.


Tahap teruk menyebabka gejala yang pengsan.

Serangan strok kebiasaannya berlaku selepas makan, waktu malam dan awal pagi. Ianya berkaitan dengan tekanan darah yang meningkat pada waktu berkenaan.


Strok/angin ahma mengakibatkan kecacatan kekal seperti lumpuh sebelah badan, pelupa dan serangan sawan.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:

1) Umur – peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.

2) Jantina Lelaki – lebih berisiko tinggi dari wanita.

3) Sejarah keluarga – Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)

Strok/angin ahmar juga menyerang golongan berikut:-

1) Tekanan Darah Tinggi
2) Kencing manis
3) Merokok
4) Berat badan yang berlebihan
5) Cara hidup tidak aktif (sedentari)
6) Tekanan/stress
7) Pemakanan – kurang serat dan kurang pengambilan lemak sihat


Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

Simptom strok ialah

1) Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
2) Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
3) Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
4) Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
5)Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
6) Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
7) Sukar menelan

Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar: Thrombotic/ischaemic stroke
Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat. Haemorrhagic stroke
Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :


Ya! Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :

Kawal tekanan darah
Kawal penyakit Diabetes
Amalkan cara pemakanan sihat
Berhenti merokok
Kerap bersenam
Menangani tekanan mental



Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.

Pesakit strok mesti melakukan terapi anggota setiap hari .



Vertigo antara simptom yang dialami oleh pesakit strok. Dia akan kerap merasakan persekitaran berpusing.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Strok menyerang secara mengejut " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares