[Maklumat mengikut data baharu diperolehi pihak berkuasa]

16.12.2022: Pada jam 2.24 pagi tadi, Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.



Pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam 3.04 pagi.

Rakaman Dari Helikopter Penyelamat



Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.



Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

Jumlah Mangsa Asal Terperangkap : 92 Orang
Mangsa telah dibawa keluar : 69 orang
Mangsa Cedera : 7 Orang
Meninggal Dunia : 8 Orang
– 1 Kanak-kanak lelaki
– 6 Perempuan
– 1 Lelaki Dewasa

Mangsa korban dijangka akan meningkat memandangkan masih terdapat ramai mangsa yang belum dijumpai.

Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.

Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai.

Sumber: PRO, JBPM Negeri Selangor, BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Kemaskini]Video-Tanah runtuh hempap 92 orang di lokasi perkhemahan Batang Kali " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares