Seorang lelaki yang juga salah seorang peserta perkhemahan di Father’s Organic Farm Batang Kali menceritakan saat getir menyelamatkan seorang wanita bersama anak yang tertimbus dalsm kejadian tanah runtuh itu.

Kejadian berlaku awal 2 pagi 15/12/2022 ketika peserta perkhemahan sedang nyenyak tidur.


Satu letupan kuat memecah keheningan pagi yang diikuti oleh bunyi deruman tanah menimbusi kawasan perkhemahan berkenaan dalam tempoh sekitar 1-2 minit sahaja.

Bunyi Jeritan dan tangisan anak kecil yang kemudian beransur ansur senyap.

Dalam suasana kelam-kabut, Mangsa yang selamat tidak sampai hati mendengar jeritan minta tolong bergegas menuju ke lokasi.

Menggunakan tangan menggali tanah yang akhirnya menemui seorang ibu dan anak kecil.

Ibu berkenaan meminta diselamatkan anaknya terlebih dahulu.

Itulah sebahagian cerita malapetaka yang menimpa peserta perkhemahan di Father’s Organic Farm Batang Kali Selangor.

Diberitakan Menteri KPKT Nga Ko Meng menyatakan Father’s Organic Farm tidak memiliki lesen untuk tapak perkhemahan. Mereka hanya memiliki lesen nuseri (tapak semaian pokok) sahaja.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 18 mangsa tanah runtuh telah disahkan meninggal dunia dan dibawa keluar dari lokasi runtuhan setakat jam 5.30 petang 16/12/2022.

Ujar beliau, seramai 14 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

Khidmat Skuad Anjing Pengesan K-9

Menurutnya, kemalangan berkenaan melibatkan seramai 94 orang mangsa di mana 61 selamat manakala 18 telah disahkan meninggal dunia termasuk empat orang kanak-kanak.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 14 lagi masih tertimbus runtuhan tanah Organic Farm Batang Kali " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares