Era media sosial mendedahkan betapa tenat penguasaan Bahasa Melayu terutama kalangan jenerasi dewasa

Banyak antara kita sangat sensitif bercakap tentang kemelayuan.

Ramai yang akan naik minyak apabila menyentuh ketuanan Melayu. Namun, penulisan bahasa Melayu kian caca marba. Ramai juga yang menyinga apabila bahasa Melayu ‘dilacurkan’ atau dirosakkan secara sengaja atau tidak sengaja sama ada orang Melayu sendiri.

Lihat sahaja hantaran sembang di media sosial sungguh menyedihkan.

Perkataan seperti tiada atau ada dieja secara salah ” tiade” “ade”. “Saye”, “mane”, ” ape” seolah-olah menjadi ejaan rasmi.

Berbeza dengan rakan di Indonesia yang sangat rapi menjaga martabat bahasa Indonesia.

Bahasa Melayu merupakan bahasa perantara utama di Malaysia dan juga bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa positif melakukan berbagai-bagai usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu dan kerajaan juga tidak ketinggalan melaksanakan usaha-usaha bagi meletakkan bahasa Melayu pada tahap yang tinggi.

Realitinya amat menyedihkan Bahasa Melayu tidak mendapat sambutan sewajarnya.

Penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah , Dewqn Rakyat pembuat dasar masih kelam kabut walaupun negara telah membuat penetapan Bahasa Melayu teras kepada Perlembagaan negara.

Begitu juga dalam industri, badan penyelaras teknikal kerajaan seperti tiada inisiatif untuk menggunakan bahasa melayu.

Menjadi tandatanya bahasa yang dipertuturkan hampir 290 juta penduduk Asia Tenggara ini tidak mendapat tempat sewajarnya dalam urusan rasmi kerajaan.

Apakah bertutur dalam bahasa Melayu tidak melambangkan kepintaran atau kemajuan?

Terdapat banyak faktor bahasa kebangsaan kita seolah-olah dianaktirikan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Antara faktor ialah bahasa Melayu macam terpinggir atau dipinggirkan dalam diri insan Melayu dan bangsa Malaysia.

Dari segi istilah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia pun kita masih keliru.

Sebenarnya ‘bahasa Melayu’ bukan ‘bahasa Malaysia’ kerana bahasa Melayu penutur asalnya ialah orang Melayu (bukan bahasa Malaysia kerana Malaysia ialah negara yang didiami kaum Cina, India, Iban, Siam dan sebagainya.

(Setiap Kaum-kaum ini ada bahasa khusus ). Contoh lain, bahasa Inggeris penutur asalnya orang Inggeris.

Jika orang Afrika bercakap Inggeris, tidak dikatakan bahasa Afrika tetap dikatakan bahasa Inggeris.



Masalah utama menyebabkan keterpinggiran Bahasa Melayu ialah perspektif masyarakat di negara ini khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu apabila ramai yang bertanggapan Bahasa Melayu bukan bahasa ilmu khususnya sains.

Mungkin berpunca daripada ibu bapa mereka yang mempunyai pandangan bahawa bahasa Melayu itu tidak penting kerana mereka sendiri sudah dilahirkan Melayu dan berbahasa Melayu.

Bagi masyarakat bukan Melayu pula, mereka lebih mementingkan bahasa ibunda mereka.

Dari sudut ejaan dan tatabahasa, terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia, sama ada penggunaan secara rasmi atau tidak rasmi. Apatah lagi bahasa perbualan, bahasa komunikasi, bahasa pasar dan bahasa media sosial. Cuba kita perhatikan pengguna media sosial atau warganet, penggunaan perkataan / frasa / klausa / ayat / wacana yang disingkatkan / diringkaskan sampai memeningkan kepala untuk difahami.

Malah, media-media utama ekektronik / bercetak / dalam talian( akhbar, stesen penyiaran) termasuk juruhebah, penyiar, penyampai dan sebagainya banyak kesalahan bahasa yang dilakukan dan berleluasa. Sudah tentu banyak pengikut yang terikut-ikut dengan kesilapan tersebut.

Figura ramai seperti artis, ustaz-ustaz terkenal, ahli politik, penceramah malah guru-guru / pensyarah dan sebagainya pun banyak melakukan kesilapan bahasa.

Penggunaan bahasa asing yang dicampuradukkan dengan bahasa Melayu menjadikan bahasa rojak.

Cendekiawan kita juga gemar berbahasa Inggeris semasa berbicara dikhalayak ramai.

Adakah bahasa Inggeris itu melambangkan kemodenan kita atau ukuran kecerdikan kita?

Sungguh mendukacitakan Ahli-ahli politik gemar berbahasa Inggeris apabila mengadakan sidang media. Sesetengah menteri, memberi ucapan rasmi pun menggunakan bahasa Inggeris.

Lihatlah papan-papan iklan di Malaysia terutama kedai dan premis persendirian, swasta atau syarikat kecil atau gergasi gemar menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa ibunda mereka (paling banyak bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin). Kenapa begini? Di mana jati diri,? Di mana undang- undang perbandaran / bandar raya?.

Apakah menjunjung Perlembagaan negara hanya retorik semata. sahajamenekankan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dan mesti diutanakan.

Semasa pengumuman di pusat beli-belah atau di dalam kapal terbang di Malaysia tidak menggunakan bahasa Melayu.

Begitu juga surat-surat perjanjian jual beli, pinjaman dengan perbankan, peguam dan pihak-pihak tertentu dicatakan dalame bahasa Inggeris. Majoriti tidak memahami isi kandungan dokumen tersebut. Lebih-lebih terma-terma teknikal atau bahasa undang-undang dengan klausa terttentu. Kita membabi buta menurunkan tanda tangan.

Selain itu, semasa di sekolah atau institusi pendidikan tinggi, kita mengambil peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu kerana diwajibkan dan yang penting hanya untuk lulus bukan untuk ilmu yang akan dipraktikkan. Yang penting lulus kerana hal itu ialah peraturan atau syarat.



Tiada akan hebat bangsa yang tiada kasih akan bahasanya sendiri. Menegur dengan bahasa sukma dan bertanya dengan bahasa nurani.

Sumber: Abd. Aziz Bin Ishak
ABI
11.9.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sedih Pengejaan caca merba Bahasa Melayu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares