Ia adalah satu rahmat yang besar jika badan anda boleh membawa anda melalui kehidupan tanpa terlalu banyak kerosakan berulang.

Menyedari tanda-tanda amaran awal badan adalah sebahagian daripada siren kesihatan supaya menjauhi tahap kesihatan yang sukar dipulihkan.


Apa yang berlaku ialah kealpaan dan kecetekan ilmu kesihatan menyebab bertindak sambil lewa apabila siren kesihatan sendiri telah berbunyi berulang kali bertahun tahun lamanya.


Perkara yang sering gagal disedari oleh orang ramai ialah memahami siren kesihatan diri sendiri.

Malang sekali badan cuba menyampaikan amaran awal kesihatan tetapi tidak mendapat tindakbalas sepatutnya.


Komunikasi badan ini bertujuan membantu supaya tindakan pembetulan diambilkira segera.
.

Siren kesihatan lebih keras datang dalam kesakitan fizikal, seperti
sakit kepala atau senak perut. Dua gejala yang diredakan dengan pengambilan pil, sedangkan ianya adalah siren kesihatan yang memerlukan tindakan menangani puncanya.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pada masa kini, amalan pemakanan yang tidak sihat menjadi cara hidup. Kesannya menyebabkan berlaku Alahan, gangguan pencernaan, dan penggunaan antibiotik yang berlebihan.

Mendengar siren badan anda, memerhati dan bertanya bagaimana dan mengapa badan terasa sedemikian, boleh memberitahu anda banyak perkara tentang diri anda.

Dengan gejala fizikal, apa yang sering diperlukan adalah proses melihat tanda-tanda luaran dan mengesannya hingga kepada puncanya.

Pada peringkat awal, mungkin terdapat hanya beberapa petunjuk dan maklumat kecil sahaja.

Tidak boleh duduk sahaja tanpa memahami dan mengumpul maklumat .



Ingatlah semakin lama penyakit itu, semakin sukar untuk mencari punca dan kaedah merawatnya.

Oleh itu, sentiasa peka kepada tahap kesihatan diri anda adalah satu tabiat yang boleh anda mulakan sekarang.

Bersegera memahami siren awal kesihatan akan menguntungkan diri sendiri.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Badan Kita tanggungjawab kita " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares