Kuku kambing ialah alat digunakan untuk menanam padi. Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagian hujung besi terdapat cabang seperti kuku kambing yang berfungsi untuk meletakkan akar anak benih padi yang akan ditusuk ke dalam tanah.

Tidak ‘sah’ seorang pesawah jika tidak mempunyai Kuku Kambing. Malah, Kuku Kambing itu juga mempunyai rekabentuk tertentu mengikut kesesuaian pengguna.

Pemegang Kuku Kambing diperbuat daripada kayu yang sama seperti batang cangkul. Namun sejak awal 80an, plastik telah diperkenalkan sebagai pemegang.

Dahulu jika tiada Kuku Kambing seperti tiada telefon bimbit pintar zaman kini.


Gandingan kepada Kuku Kambing (yang digunakan untuk menanam padi) ialah Pisau Arit atau sabit (yang digunakan untuk mengerat rumpun padi semasa aktiviti menuai).

Pisau sabit atau arit

Peralihan zaman menyaksikan kuku kambing tidak digunakan lagi kerana proses penanaman padi menggunakan kaedah tabur benih menggunakan dron

Pesawat Dron mengendalikan penerbangan menabur benih , menyembur racun dan membaja

Kekurangan tenaga buruh konvensional untuk kerja membaja dan semburan racun menyebabkan pesawah beralih kepada penggunaan pesawat dron.

Namun peranan kuku kambing tiada tandingan berbanding teknologi dron dari segi kemasan penanaman.

Hasil tanaman menggunakan kuku kambing pokok tersusun rapi

Pokok padi ditanam menggunakan kuku kambing subur tumbuh tersusun cantik begitu indah sekali.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kuku kambing alatan penanam padi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares