Ilmu pengetahuan tentang kaedah merawat masalah ereksi telah melonjak permintaan Kelapa di Kumasi. Secara tidak langsung membantu meningkatkan perolehan ekonomi penduduk terutama golongan pekebun kelapa dan peniaga.


Hari ini kelapa mendapat tempat istimewa dijadikan hidangan di majlis-majlis sosial seperti perkahwinan, kemasyarakatan kekeluargaan antara lain di Kumasi.



Penjualan kelapa telah menjadi tumpuan di Kumasi sebuah bandar di selatan Ghana.

Ini berikutan tular di media bahawa air kelapa boleh menyembuhkan masalah disfungsi erektil di kalangan lelaki muda dan dewasa.

Isi dan kelapa mengandungi magnesium, kalsium, natrium, kalium, fosfat dan klorida sangat menggalakkan pemulihan ED



Permintaan air kelapa khususnya dari lelaki dikesan meningkat setiap hari.

Maklum balas yang diperolehi mendapati ramai lelaki berharap masalah erektil mereka dapat pulih.


Satu kajian mengumpul fakta mendapati buah kelapa mengandungi nutrien penting seperti natrium, kalium, potassium dan magnesium serta serat sangat membantu memperbaiki isu kesihatan.

Kelapa juga telah mendapat pengiktirafan dalam beberapa jurnal perubatan antarabangsa sebagai rawatan semula jadi terbaik untuk disfungsi erektil.

Kelapa juga diperakui menguatkan sistem imun badan, anti oksidan tinggi dan menghancurkan batu karang.

Encik Nagumsi Nuru, pakar diet Ghana menjelaskan bahawa jus kelapa boleh membantu merawat disfungsi erektil, kerana kandungan elektrolitnya yang kaya dengan bahan semulajadi.

Jelasnya: “Ereksi dicapai hasil daripada kelonggaran dan pengecutan otot pada zakar untuk membolehkan darah menyerbu masuk ke dalam urat kecil dalam zakar.


“Untuk otot berehat atau mengecut, terdapat pertukaran elektrolit yang membawa cas merentasi sel dalam badan. Perkara yang sama berlaku untuk otot-otot dalam zakar.”

En Nuru memperincikan bahawa elektrolit terpenting dalam badan ialah magnesium, kalsium, natrium, kalium, fosfat dan klorida berada dalam buah kelapa.

Elektrolit ini berinteraksi untuk meningkatkan peredaran darah dengan itu memastikan darah yang cukup mengalir ke dalam saluran darah kecil di sekeliling zakar untuk menjadikannya keras dan berdiri tegak.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah menarik Kelapa merawat ED melonjak ekonomi warga Kumasi Ghana " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares