Arctic tern biasanya berhijrah lama kerana sebab pembiakan. Mereka membiak di bahagian utara lautan Artik dan sekitar pantai, serta tempat-tempat seperti Alaska dan utara Kanada. Satu lagi sebab mereka berhijrah lama adalah kerana penurunan suhu sepanjang musim sejuk di hemisfera utara. Mereka berhijrah ke Antartika untuk makanan, rehat, dan musim panas.

Artic Tern


Tiada senarai penghijrahan burung yang lengkap tanpa menyebut kehebatan rekod Arctic Tern.

Setakat ini penghijrahan terpanjang yang diketahui manusia ialah yang dilakukan oleh burung Artic Tern bergerak sejauh 30,000 km dari Greenland kutub utara ke Laut Weddell kutub selatan setiap tahun.


Hebatnya, Arctic Terns setiap tahun melakukan penerbangan ulang-alik sejauh 60,000 km. Ini bermakna untuk tempoh hayat 30 tahun, Artic Tern melakukan penerbangan sejauh lebih kurang 5 kali jarak ulang alik ke bulan.

Tidak hairanlah burung Artic Tern ditabal juara pengembara dunia.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Burung Artic Tern juara pengembara dunia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares