Setiap perayaan mesti riuh rendah dengan letupan bungapi, malangnya bungapi adalah amat ditakuti oleh hidupan bagi haiwan seperti anjing, kucing dan burung yang berkongsi hidup bersama dengan manusia.

Begitu juga bayi kecil yang tidurnya terganggu akibat tindakan tidak bertamadun ini.
Saban tahun sambutan hari alam sekitar membawa mesej untuk melindungi semua hidupan supaya dapat hidup dengan penuh kedamaian.
Tetapi itu semua retorik lakonan manusia penipu apabila bersuka-ria dengan bunyi letupan bunga api yang jelas menakutkan dan boleh membawa malapetaka kepada deria serta organ haiwan.

Anjing dan kucing serta unggas-unggas bertempiaran melarikan diri dalam ketakutan daripada letupan yang memekakkan telinga.
Haiwan menjadi keliru dan panik, dan tercari-cari tempat perlindungan yang selamat.
Terdapat juga haiwan peliharaan yang ketakutan mungkin melarikan diri dari rumah.
Begitu lah manusia tidak berhati perut hanya pentingkan diri sendiri.
Bungaapi adalah ancaman kepada alam sekitar.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Lestarikah alam sekitar kita dengan bermain bungapi tetapi menzalimi bayi dan haiwan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.