KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BELAGA




IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MALAYSIA SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAMME (MYSTEP)
PPD BELAGA, TAHUN 2023

Tarikh Tutup:3/3/2023

Pejabat Pendidikan Daerah Belaga ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan kontrak di bawah Personel Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2023 seperti berikut:
1 a) Jawatan Personel MySTEP (Guru Ganti)

b) Agensi: Pejabat Pendidikan Daerah Belaga

c) Taraf Pelantikan : Kontrak

d) Kumpulan : Pengurusan & Profesional (Guru Ganti)

e) Tempoh Pelantikan
:Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah-sekolah bawah PPD Belaga
Tempoh perlantikan berdasarkan keperluan semasa iaitu minimum selama
satu (1) bulan – (Januari hingga Disember 2023)


2 Kadar bayaran upah akan ditentukan melalui hasil kerja (output) yang dicapai oleh Personel MySTEP
berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut:
a) Setaraf Ijazah Sarjana Muda RM 2,100.00
b) Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia RM 1,900.00
c) Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
(Termasuk caruman KWSP dan PERKESO) RM 1,700.00

Kelayakan:
a) Penduduk tempatan Belaga yang berwarganegara Malaysia sahaja.
b) Sihat Tubuh badan
c) Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan.
d) Sekurang-kurangnya kepujian dalam enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat
SPM
e) Mempunyai kredibiliti dan kriteria yang menarik, amanah dan rajin dalam menjalankan tugas


4 Fungsi Bidang Tugas:
a) Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
b) Terlibat dengan urusan kurikulum, urusan HEM dan urusan Kokurikulum.
c) Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak PPD Belaga dan pihak sekolah.



5 Cara memohon:
a) Pemohon Guru Ganti MySTEP secara rasmi bersama surat permohonan, resume yang terkini dan
lengkap serta sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil/kad vaksinasi,
no. telefon dan salinan kelayakan akademik hendaklah dikemukan melalui email
luk.teck.sing@moe.gov.my atau hantar ke kaunter PPD Belaga (u.p. Sektor Pengurusan Sekolah, Encik
Luk Teck Sing)
b) Tarikh tutup permohonan: 03 Mac 2023
c) Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temu duga.
d) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.


Dokumen Permohonan
Pihak Jabatan ini berhak untuk menolak permohonan yang lewat diterima dari tarikh permohonan ditutup, tidak memenuhi syarat kelayakan atau terdapat unsur-unsur penipuan mahupun mendatangkan kecurigaan.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Luk Teck Sing, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Belaga di talian 014-9293122

Iklan Jawatan

(Visited 902 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Guru Ganti MySTEP PPD Belaga Sarawak " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares