Teknik skil tinggi kaketsugi berjaya pulihkan fabrik seperti baharu amat menarik.

Sebuah bengkel kecil di Bandar Minokamo, tengah Jepun menerima permintaan yang tidak henti dari seluruh Jepun untuk membaiki pakaian yang rosak.

Kaketsugi, ialah teknik pembaikan fabrik yang berkualiti tinggi tanpa kelihatan kesan jahitan semula.

Kain berlubang atau koyak dipulihkan sebagaimana sehelai kain baru tanpa ad kesan koyak atau kesan tampalan pada kain.

Kedai ini diusahakan oleh bapa-dan-anak perempuan: Kataoka Tesshu, dengan pengalaman 40 tahun sebagai tukang jahit, dan anak perempuannya Goto Yoshiko.

Hasil teknik Kaketsugi.Sewajarnya yang ilmu TVET atau STEM mengambil contoh teknik Kaketsugi


Dua beranak ini tekun menyelidiki corak tenunan dalam fabrik dan dapat menggunakan jarum untuk menenun benang dengan tepat ke dalam celah sekecil 0.1 milimeter.

Kataoka berniaga kedai jahit pakaian selama 40 tahun.

Memandangkan persaingan sengit dengan pakaian siap, Kataoka terpaksa mengubah operasi kepada pembaikan pakaian.



Ramai kagum di atas usaha gigih Kataoka dan anaknya Yoshiko. Hasil jahitan yang amat menakjubkan diperakui oleh para pelanggan.

(Visited 633 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " (Video)Jahitan Kaketsugi skil tinggi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares