Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Tarikh Tutup: 24 MEI 2023 (RABU)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri
Terengganu adalah dipelawa untuk memohon satu (1) kekosongan jawatan secara
kontrak di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) sebagaimana berikut:
JAWATAN
1. PENOLONG AKAUNTAN (GRED W29)
2. GAJI MINIMUM RM1,788.00
GAJI MAKSIMUMRM5,678.00
SYARAT UTAMA LANTIKAN:
1. Warganegara Malaysia; Dan
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan:
Dan
3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN
1. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau
2. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; Atau
3. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan,
perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau
4. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and
Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON:
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan sahaja.
Borang DISINI
2. Calon hanya dibenarkan untuk mengisi satu (1) permohonan jawatan sahaja bagi satu (1) borang.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan dokumen yang “disahkan sebagaimana berikut:
a. Kad pengenalan.
b. Sijil kelulusan pelajaran.
c. Sijil Diploma atau Certified Accounting Technician (CAT).
d. Kad pengenalan ibu bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
e. Resume yang lengkap.
*pengesahan adalah daripada Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung dan yang setaraf.
4. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK jika:
a. Permohonan tanpa menggunakan Borang Permohonan Jawatan.
b. Berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
c. Maklumat dalam Borang Permohonan Jawatan tidak diisi
dengan lengkap dan sempurna.
d. Dokumen yang diserahkan adalah tidak lengkap, tidak jelas
dan/atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan.
e. Diterima selepas tarikh tutup permohonan.
5. Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 24 MEI 2023 (RABU).
Semua permohonan hendaklah diterima oleh LAUT selewat-lewatnya sebelum
atau pada 24 MEI 2023 (RABU) Jam 4.00 Petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
CARA PENGHANTARAN PERMOHONAN:
Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui salah satu kaedah
berikut:
a. emel kepada hr@laut.gov.my: Atau
b. pos / serahan tangan kepada Lembaga Sumber Air Terengganu
seperti alamat di bawah (sila nyatakan jawatan yang dipohon di
atas penjuru kanan sampul surat):
PENGARAH
LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU
LOT 54998-55003, JALAN TENGKU MOHAMAD,
21200 KUALA NERUS, TERENGGANU.




Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ JAWATAN KOSONG PENOLONG AKAUNTAN LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU (LAUT) ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.