Jawatan kosong Pegawai kontrak projek MIROS

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Tutup 9 Jun 2023 Waktu 13.00

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
membuka permohonan untuk jawatan berikut:

JAWATAN & GRED : PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED W29)

TARAF JAWATAN : KONTRAK
BIL. KEKOSONGAN : SATU (1)

JADUAL GAJI DAN KADAR
KENAIKAN TAHUNAN
SYARAT LANTIKAN
:
:
GRED: W29
UPAH: RM 1,498.00
INSENTIF: RM 608.00


Kelayakan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan
kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan,
perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and
Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Butiran terperinci disini


Borang permohonan sila pindah turun dan cetak

Sijil hanya perlu dibawa oleh calon-calon yang disenarai pendek sahaja.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan kosong Pegawai kontrak projek MIROS ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top