Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Jun 2023
Gaji GRED N11- RM1,216.00
KONTRAK (DUA TAHUN
Penempatan: ISTANA NEGARA
Kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tahun 2023;
c) Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu;
d) Keutamaan kelayakan akademik tertinggi SPM/SVM.
◆ BIDANG TUGAS
a) Pembantu Awam – Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan
keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan
teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja;
b) Pembantu Operasi (Amah, Kundang, Pelayan Rumah, Pelayan Dapur, Bentara)
Melaksanakan skop tugas seperti membantu dalam kelancaran urusan pejabat, penyediaan dan penyajian makanan, kebersihan, dobi, hiasan, stor dan aset, membantu majlis/istiadat
dan lain-lain tugasan domestik/ housekeeping.
◆ CARA MEMOHON
a) Calon hendaklah mengemukakan resume lengkap, borang permohonan & senarai semak,
salinan sijil PMR/PT3, salinan kad pengenalan dan satu (1) keping gambar berukuran
passport sama ada secara emel atau serahan tangan atau pos ke alamat berikut:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Istana Negara
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(U.P : Seksyen Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia)
Emel: pengambilan@istananegara.gov.my
b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Jun 2023. Sila layari www.istananegara.gov.my
untuk muat turun borang.
c) Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel untuk menghadiri
sesi temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan yang perlu.
Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Borang diSINI




Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ JAWATAN PEMBANTU OPERASI Istana Negara ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.