Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Tarikh Tutup 22 Jun 2023
PERMOHONAN JAWATAN JURUUKUR BAHAN GRED J41 (1 KEKOSONGAN)
1. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia KEUTAMAAN kepada anak kelahiran Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut.
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
SYARAT LANTIKAN
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) Berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
5. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur Bahan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3; atau
(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Mohon DISINI
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Jurukur Bahan Majlis Bandaraya Seremban ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.