Ini sebabnya Kenapa Tidak Membuka Tingkap Kereta semasa Keadaan Hawa dingin dihidupkan

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja



Membuka tingkap ketika penghawa dingin kereta dihidupkan tentunya satu bentuk pembaziran kerana hawa sejuk pasti akan cepat hilang. Bukan sahaja pembaziran, ternyata membuka tingkap ketika penghawa dingin kereta dihidupkan juga boleh menyebabkan keburukan lain.


Lebih-lebih lagi jika anda memandu di kawasan bandar yang tahap pencemaran, habuk dan bahan pencemar lain juga tinggi.

Kalau kita memandu di kawasan tanah tinggi yang sejuk maka tidak perlu kepada hawa dingin.


Selain itu, kebersihan kabin juga boleh menjejaskan prestasi penghawa dingin kereta. Oleh itu, pengguna kereta hendaklah menjaga kebersihan kabin. Habuk boleh melekat pada sirip penyejuk dan penapis habuk mesti kerap dibersihkan.


Penapis habuk yang kotor akan menyebabkan aliran tiupan angin tidak lancar, menyebabkan ruang kabin tidak mencapai suhu sejuk yang dikehendaki.

Penapis habuk yang tidak dibersihkan akan menyebabkan habuk menjadi keras dan terpaksa diganti baru.

Jadi, tabiat membuka tingkap ketika penghawa dingin kereta dihidupkan perlu dihentikan kerana selain membazir, habuk udara di luar kabin boleh menyebabkan komponen cepat kotor dan menyebabkan prestasi penghawa dingin menurun.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Ini sebabnya Kenapa Tidak Membuka Tingkap Kereta semasa Keadaan Hawa dingin dihidupkan ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top