Bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri “FF” catat hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sistem bidaan JPJeBid dengan kutipan berjumlah RM34.3 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan, 34,032 orang menyertai bidaan yang dibuka dari 14 hingga 19 Mei lalu yang mana 8,348 daripada mereka berjaya mendapatkan nombor plat siri berkenaan.

Plat yang mendapat bidaan tertinggi adalah FF8 dengan harga RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999), FF3 (RM639,000) dan FF2 (RM638,000).

Lima nombor lain yang mendapat ramai pembida ialah FF199 dengan seramai 34 pembida, FF51 32 pembida dan diiikuti FF155, FF555 dan FF1688 dengan masing-masing 29 pembida.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada