This post has already been read 302 times!

IPR 2023, Bantuan Inisiatif Pendapatan Rakyat (epu.gov.my)

Bantuan Inisiatif Pendapatan Rakyat untuk penjanaan pendapatan baru sekurang-kurangnya RM2000 sebulan.

Berbanding memberikan duit yang tidak berkesudahan kepada rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia hari ini telah mengambil pendekatan konsep ‘joran’ kepada rakyat Malaysia.

‘Joran’ menjadi alat kepada rakyat terutamanya golongan miskin di Malaysia untuk menjana pendapatan.

Cara Daftar Permohonan

Sila pergi terus ke pautan ipr.epu.gov.my dan daftar permohonan anda.

Senarai Bantuan Inisiatif Pendapatan Rakyat IPR 2023

1. Bantuan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) Dalam ketiga-tiga model, model Bantuan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) ini mengambil masa yang paling lama untuk peserta jana pendapatan tambahan. Walaubagaimanapun untuk tempoh 24 bulan yang pertama, peserta akan diberikan bantuan seperti tapak disediakan, insfrastruktur diberikan, latihan pun ditawarkan dan tidak lupa juga inisiatif elaun bulanan sehingga peserta sudah mula menuai hasil bagi mengurangkan bebanan diperingkat awal. Sebagai contoh sementara menunggu tuaian pertama tanaman anda kerajaan akan berikan anda bantuan elaun RM500 sebulan kepada anda. Anda diberikan peluang untuk mengusahakan tanaman seperti cili, jagung dan halia

Sekitar 800 ekar bersamaan dengan 323.7 hektar tanah milik kerajaan Malaysia (kerajaan persekutuan) akan dibangunkan dibawah program Inisiatif Pendapatan Rakyat.

2. Bantuan Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) Menerusi INSAN, peserta jana pendapatan dengan mesin vending (vending machine) di mana anda diberikan pelbagai kemudahan termasuk latihan bisnes dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat berniaga disediakan, bantuan promosi dan pemasaran dan lain-lain lagi menerusi koperasi.

3. Bantuan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) Anda boleh menjadi pengurus operasi kemudahan kerajaan seperti tandas awam. Yang mana anda boleh jana pendapatan dan buat duit setiap kali orang masuk ke tandas awam yang anda uruskan.

Baca Juga   Pro dan kontra Lepasan SPM memilih bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa

Dijangka setiap peserta mampu menjana pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM2000 sebulan.

Sehingga kini kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 permohonan program ipr inisiatif pendapatan rakyat 2023.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay