Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah sekiranya berlaku kematian kepada penerima STR bagi tahun 2023.
Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Tuntutan RM1,000 boleh dibuat mulai 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023 sekiranya pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
Tuntutan Skim Khairat Kematian STR boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah:
Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon / Pasangan; dan
Kad Pengenalan asal Wakil; dan
Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal / salinan).
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Tuntutan SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) Sumbangan Tunai Rahmah ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.