KEMBARA KENALI BORNEO – HARI KE-3

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 114 times!



5 September 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisi minyak sendiri kenderaan kenaikan Baginda di sebuah stesyen minyak di Kampung Kilimu, Ranau, Sabah pada jam 7.30 malam ini.



Seri Paduka Baginda yang memandu sendiri kereta ditemani KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam perjalanan ke Kundasang dari Telupid.

Seri Paduka Baginda berdua bersama paduka-paduka anakanda turut berkesempatan membeli makanan di kedai serbaneka stesen minyak tersebut.



Seri Paduka Baginda berdua juga berkenan meluangkan masa menyantuni penduduk setempat, yang teruja menantikan ketibaan rombongan Kembara Borneo, di stesyen minyak itu.



#kembarakenaliborneo #borneo #sabah #sarawak #royal #malaysia

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Fakta perubatan Usus merupakan otak kedua