Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
16-September 2023-Sekitar lawatan kerja rasmi Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Hing ke Sarawak.
Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan telah melakukan lawatan ke beberapa buah sekolah untuk meninjau sendiri infrastruktur dan penyelenggaraan yang sedang berjalan.

Projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di Sarawak sememangnya menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi tahun 2023 sahaja, sebanyak 195 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di Sarawak telah diluluskan dan kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Dato’ Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pendidikan & Inovasi, YB Datuk Dr Annuar Rapaee, pemimpin-pemimpin tempatan dan komuniti yang telah turut serta dalam lawatan kerja ini.


Jalinan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Sarawak adalah amat penting dalam memastikan agenda transformasi pendidikan mencapai matlamatnya.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Lawatan Rasmi Menteri Pendidikan dan Timbalan ke Sarawak ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.