Dah penat kehidupan di bandar siang malam seolah-olah tiada ketenangan. Terfikir hidup di kampung lebih tenang.

Setelah berpindah ke kampung lain pula ceritanya. Antara alasan adalah:

1. Mereka dah duduk bandar dan kerja sejak usia 20an. Sudah lali suasana hiruk pikuk bandar.

Suasana di kampung sunyi sepi. Kemudahan kedai, surau, kedai kopi agak jauh. Anak-anak pun tinggal jauh dikota. Internet 4G asyik semput.

2. Kelas agama di bandar lagi banyak. Ramai ustaz datang mengajar di bandar. Masjid juga lebih aktif.

3. Kawan dan tetangga di kota lebih ramai. Berbeza di kampung, mereka jadi orang asing walaupun dulunya tempat membesar.

4. Dulu ayah dan ibu masih ada. Sekarang, tiada siapa lagi saudara mara di kampung. Adik beradik majoriti duduk di kota.

5. Ada yang cuba bertani dan ternak binatang. Tapi tidak berhasil dan rugi. Mungkin kurang ilmu.

Sebenarnya, bagi yang berasal dari kampung akan ada hasrat kembali kepada kehidupan asal.

Namun, realitinya kehidupan di kampung juga ada dugaan dan cabaran tersendiri.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada