This post has already been read 502 times!
Proses mohon visa ke Australia perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh imigresen Australia.
Visa untuk melancong ke Australia ada beberapa jenis. 2 jenis yang popular dikalangan rakyat Malaysia.
1) Jenis ETA Visa Australia ETA601 (Sistem Online) : Permohonan dalam talian, keputusan permohonan dapat diketahui dalam tempoh 12 jam. Harga visa ini semurah RM20 sahaja di sini.
Visa ETA601 khas untuk tujuan melancong ke Australia.
Ramai yang gagal melalui permohonan dalam talian.
Pilihan kedua ialah permohonan secara secara manual tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
2) ETA601 (Manual) : Permohonan dihantar terus ke pada emel etakl@dfat.gov.au .
Kaedah ini mengambil masa paling singkat 1 bulan hari bekerja.
Tiada jaminan permohonan visa ETA601 akan berjaya.
Punca sebenarnya Visa Australia ETA601 tidak lulus kerana tapisan ketat untuk mengelakkan permohonan disalahgunakan untuk bekerja sebagai pemetik buah di Australia.
Visa diberikan kepada mereka yang benar-benar ingin melancong sahaja.
Jadi anda perlu sediakan dokumentari sokongan sebagai bukti untuk melancong. memiliki sejarah melancong ke negara lain
Sejarah melancong ke negara lain juga membantu untuk mendapat kelulusan.
Panduan untuk pemohon visa Australia seperti berikut:
1) Jangan walk-in ke kaunter visa Australia atau kedutaan. Permohonan Anda perlu dihantar melalui email : etakl@dfat.gov.au
2) Jangan rujuk mana-mana ejen untuk mengelakkan penipuan(Scam).
3) Kalau Visa ETA601 Anda kandas, terus buat rayuan kali kedua tapi secara manual bukan lagi guna sistem. Jangan lengah-lengah sebab prosesnya memakan masa 2-4 minggu hari bekerja. Anda perlu sediakan beberapa dokumen penting untuk rujukan staf visa.
Apa Nak Buat Kalau Visa ETA601 Tak Lepas Juga?
Segera apply visa ETA600. Cara apply, klik : http://www.vfsglobal.com/australia/malaysia/visitor_visa.html
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.