This post has already been read 520 times!

Rakyat negeri Perak sememangnya bertuah kerana kerajaan negeri telah mengumumkan skim bantuan khas buat warga Perak yang dikenali sebagai kad Perak Prihatin.

Terdapat dua kegunaan Kad Perak Prihatin iaitu :

1) Rawatan Kesihatan

Pemegang Kad Perak Prihatin layak mendapat pembiayaan rawatan kesihatan di klinik – klinik Panel dengan had maksimum RM 300 setahun
Setiap kali digunakan di klinik panel, had maksimum sekali rawatan adalah sebanyak RM 50
Tiada had jenis rawatan / perubatan ditetapkan bagi kesihatan asas

2) Pembelian Barangan Asas

Setiap keluarga yang layak akan menerima sekeping Kad Perak Prihatin

Had pembelian bulanan adalah sebanyak RM 80 sahaja dan baki terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan.


Nilai kad RM 80 akan ditambah secara automatik setiap bulan
Pembelian adalah tanpa tunai ( cashless) dan boleh digunakan di pasaraya atau kedai berdaftar sahaja.


Semak kelayakan melalui kaedah Secara Dalam Talian (Online)

https://secure.perakprihatin.com/site/login

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Siaran media STR Fasa 3 Kementerian kewangan
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay