This post has already been read 1337 times!
Saat warga kota meninggalkan kotaraya menjelang syawal. Jalan yang sentiasa sibuk kelihatan lengan dan kenderaan melalui dengan lancar.
Kali ini aku beraya bersama anak OKU di Kuala Lumpur. Ini kerana anak OKU tidak mahu pulang ke kampung. Mungkin kesan ejekan sepupu menyebabkan dia tidak lagi mahu pulang ke kampung.
Aku nekad biarlah tidak dapat menikmati kemeriahan ambang Syawal di kampung halaman, keutamaannya ialah menemani anak OKU.
Aku tidak sanggup meninggalkan anak OKU bersendirian walaupun dia sudah berusia 30 tahun. Apa apa hal berlaku aku perlu bertanggungjawab.
Aku merasakan kebahagiaan dapat beraya dengan anak OKU. Biarlah dia tidak sempurna dimata orang, tetapi sangat mulia disisi ku.
Wahai anakku, ayah setia menemani mu setiap masa.
Jangan lah berduka kerana bapa mu ada disamping untuk sama sama kita berhari raya.
Anak anak lain bersuka-ria bermain di malam ambang 1 syawal, tetapi engkau diam dirumah bersama bapa mu.
Walaupun bapamu tidak begitu sihat, sukar berjalan, jangan risau wahai anak ku.
Kita berdua akan ke masjid menunaikan solat Aidil Fitri dan kita kembali ke rumah untuk makan sedikit jamuan yang ayah sempat sediakan.
Selamat hari raya anak ku.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.