This post has already been read 2908 times!
Bank Simpanan Pejabat Pos ditubuhkan pada tahun 1948 menerusi penggabungan beberapa buah bank pejabat pos negeri. Walau bagaimanapun, jumlah simpanan di bank ini menurun dengan ketara pada tahun 1960-an disebabkan persaingan diantara bank dan syarikat kewangan.
Dengan bantuan Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional(BSN) telah ditubuhkan dibawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974 untuk mengambil alih fungsi Bank Simpanan Pejabat Pos.
Langkah tersebut bertujuan menjadikan entiti baharu tersebut lebih berdaya saing dengan bank perdagangan, selain membolehkannya memainkan peranan yang lebih besar dalam menggembleng dana simpanan orang ramai, khususnya di kawasan pedalaman.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.