Blossom Wong aset unggul PDRM

This post has already been read 2059 times!


Setiap negara ada perisik masing masing, dan Malaysia memiliki perisik unggul Blossom Wong, bekas perisik Cawangan Khas PDRM.

Blossom Wong Cawangan Khas PDRM

Blossom Wong, atau nama sebenarnya Wong Kooi Fong lahir di Kuala Lumpur. Nama Blossom tersebut diberi oleh rakannya sebab hobi Wong yang suka berkebun dan tanam bunga.

Setelah tamat persekolahannya, ibu bapa Koi Fong mahu beliau bekerja sebagai guru atau setiausaha syarikat, tapi Wong berminat untuk menjadi polis kerana kekagumannya terhadap anggota polis wanita.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, beliau mula berkhidmat sebagai perisik PDRM khususnya menyiasat kegiatan komunis di Malaya. 

Sepanjang beliau bekerja jadi perisik, beliau  dikehendaki memakai cheongsam.

Itu yang kita selalu nampak gambar ikoniknya dengan cheongsam miliknya.

Penyamaran dengan cheongsam sehinggakan polis selain cawangan khas  tak mengetahui  beliau merupakan perisik PDRM.

Selepas aktiviti komunis terkawal, Wong dilantik menjadi perisik  kongsi gelap.  Banyak kegiatan kumpulan kongsi gelap seperti pelacuran, memeras ugut  berjaya ditumpaskan.

Beliau dinaikkan pangkat  Ketua Cawangan Siasatan Bahagian Keganasan Seksual, Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik. Wong merupakan perintis kaedah siasatan DNA   untuk mengesan penjenayah.

36 tahun berkhidmat untuk negara
Mengiringi adik kepada Presiden Amerika J.F Kennedy

Pengiring kepada Isteri Presiden Korea Selatan Park Chung-Hee

Kecekapan beliau menjadi perisik,  beliau diberi kepercayaan untuk menjadi pengiring kepada isteri Presiden Korea Selatan, Park Chung-Hee dan juga adik Presiden Robert F. Kenney dan isterinya.


Selepas 36 tahun bertugas di cawangan khas PDRM, pada tahun 1993, Wong bersara daripada menjadi polis dan kembali meneruskan minatnya bercucuk tanam khususnya pokok bunga.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Bayaran awal Fasa 1 STR 2024 disambut gembira