Angkut lagi bini orang kan dapat penyakit

This post has already been read 4043 times!

Keadaan cermin van mangsa yang retak diketuk suspek. – Foto PDRM

JEMPOL Seorang lelaki bukan sahaja memukul seorang tukang pasang mozek hingga cedera, malah memecahkan cermin hadapan van gara-gara mangsa kerap keluar dengan isterinya.

Kejadian berlaku di tepi jalan di Pekan Bahau pada Sabtu 15 Jun 2024. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku pada jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 50 tahun didatangi seorang lelaki yang dikenali juga berusia 50 tahun bertindak memukulnya menggunakan sebatang kayu mengenai tangan kanannya. “Suspek kemudiannya bertindak mengetuk cermin hadapan van mangsa sehingga retak,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Chang Hook berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perasaan cemburu kerana mangsa selalu keluar dengan isteri suspek. Katanya, mangsa juga didapati telah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

“Suspek memukul mangsa sekali sahaja dan selepas mengetuk cermin van, suspek telah membuang kayu tersebut lalu balik ke rumah.

“Kejadian ini turut disaksikan oleh anak suspek yang berada dalam kereta dan mangsa mengalami kerugian RM300,” katanya.

Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Jempol dan doktor mengesahkan pengadu mengalami kecederaan tisu lembut.

“Tangkapan dan telah dilakukan keatas suspek serta untuk tindakan selanjutnya.”Kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan/427 Kanun Keseksaan,” katanya. – Sinar Harian

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Wanita maut dikelar suami di Klang disiasat seksyen 302 hukuman gantung sampai mati