Hukuman Mati Terhadap Pekerja Kilang Ayam Kekal
Mahkamah Rayuan
Seorang gadis kampung Siti Zawiah Sudin 23, merantau dari Kelantan ke Selangor dengan niat ingin mencari pekerjaan berakhir dengan tragedi.
Beliau menumpang di rumah 2 rakan karibnya di Apartment Dahlia Bandar Country Homes Rawang Selangor sementara menunggu mendapat peluang pekerjaan.
Setelah 22 hari masih belum mendapat pekerjaan, Siti Zawiah mengambil keputusan untuk balik ke Kelantan.
Beliau dijadual menaiki bas 9 Mac 2006 kira-kira kira-kira jam 6 petang.
Memandangkan Hanani dan Zalina bekerja pada hari berkenaan, Zalina meninggalkan kunci rumah kepada Siti Zawiah. Kunci akan dipulangkan kepada Zalina di stesen bas sebelum siti Zawiah berangkat menaiki bas pukul 6 petang.
Sebaik habis waktu bekerja, Zalina bergegas ke stesen bas untuk menemui Siti Zawiah bagi mendapatkan kunci rumahnya. Namun Siti Zawiah tidak menjelma, panggilan telefon juga tidak berjawab.
Zalina kemudian pulang kerumah pukul 8 malam mendapati pintu dan jeriji berkunci. Sementara menunggu Hanani pulang beliau menumpang di rumah jiran.
Kira-kira jam 12 tengah malam Hanani pulang dari tempat kerja. Setelah Hanani membuka pintu rumah didapati beg pakaian Siti Zawiah masih berada di ruang tamu.
Kedengaran suara mengerang kesakitan dari dalam bilik, setelah diperiksa Zalina dan Hanani mendapati Siti Zawiah terbujur dengan badan diikat dengan tali rafia. Darah kelihatan dibahagian kepala Siti Zawiah.
Siti Zawiah kemudian dikejarkan ke hospital Selayang, malangnya dia tidak dapat diselamatkan.
Bedah siasat mendapati Siti Zawiah mengalami kecederaan akibat hentaman objek tumpul dan dia juga dirogol.
Siasatan polis berjaya memberkas suspek bersama barang bukti penting iaitu segugus kunci rumah mangsa dan telefon bimbit milik mangsa jenama Nokia, model 3310.
Pada 15 Nov, 2009, Mahkamah Tinggi mendapati suspek Muhammad Rasid, 31, pekerja kilang ayam berasal dari Kampar, Perak, bersalah melakukan kesalahan merogol dan membunuh di No.02-04, Blok Kekwa, Pangsapuri Dahlia, Jalan 5/2, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, antara pukul 3 dan 6.20 petang, 9 Mac, 2006.
Pada 13 Mac 2012 Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas beliau kerana membunuh seorang pencari kerja, Siti Zawiah Sudin, pada 9 Mac, 2006.
Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh Datuk Sulaiman Daud, turut mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan terhadap Muhammad Rasid Hashim kerana merogol wanita berusia 23 tahun itu.
Panel hakim, yang turut dianggotai oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Azahar Mohamed, sebulat suara menolak rayuan Muhammad Rasid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas dua tuduhan itu.
Hakim Sulaiman berkata mahkamah mendapati hakim perbicaraan tidak terkhilaf berhubung fakta-fakta kes dan sabitan terhadap Muhammad Rasid adalah selamat.
Kes pendakwaan tersebut berdasarkan keterangan ikut keadaan, antara lain Muhammad Rasid merupakan orang terakhir dilihat bersama mangsa dan barangan peribadi mangsa, sebuah set kunci dan telefon bimbit dijumpai dalam simpannya.
Keterangan Asid Deoksiribonukleik (DNA) membuktikan air mani Muhammad Rasid ditemui di bahagian kemaluan mangsa.
Ahli patologi mengesahkan punca kematian Siti Zawiah adalah kerana kepala mangsa dihentak dengan benda keras serta dicekik.
Dalam keterangan tanpa sumpah, Muhammad Rasid menafikan dia merogol dan membunuh mangsa.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.