DBKL akan melaksanakan kadar kompaun trafik baharu mulai 1 Julai 2024

This post has already been read 1949 times!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kadar kompaun baharu bagi kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan perundangan subsidiarinya mulai Isnin (1 Julai 2024).

DBKL, dalam satu kenyataan , mengumumkan kadar kompaun bagi kategori motosikal ialah RM30 bagi pembayaran yang dibuat dalam tempoh 15 hari dari tarikh kompaun, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).

Bagi kesalahan kereta, kadar kompaun adalah RM50 bagi pembayaran yang dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, RM80 (16 hingga 30 hari) dan RM100 (31 hingga 60 hari).

Manakala bagi kenderaan berat, kadar kompaun adalah RM200 bagi pembayaran yang dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, RM250 (16 hingga 30 hari) dan RM300 (31 hingga 60 hari).

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   KEMBARA Agong KENALI BORNEO - HARI KE-11