Kes lelaki Israel miliki 200 peluru Dan senjata

This post has already been read 851 times!

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai 2024 untuk serahan dokumen rakaman kamera litar tertutup hotel dan analisis forensik bagi kes lelaki Israel dituduh memiliki ratusan peluru dan memperdagang enam pistol.

Keputusan dibuat Hakim Norina Zainul Abidinselepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Mustafa P Kunyalam membuat permohonan itu ketika sebutan semula kes warga Israel Avitan Shalom 38 tahun.

Muhammad Mustafa memberitahu hakim pihaknya memerlukan tempoh sebulan bagi menyerahkan kedua-dua dokumen berkenaan kepada pihak pembelaan.

Tiada bantahan dikemukakan peguam Datuk Naren Sing.Mahkamah perbicaraan akan bermula September 2024. Sebelum ini perbicaran kes ditetapkan 30 September, 1 hingga 3 dan 7 hingga 11 Oktober 2024.

Pihak pendakwaan dijangka memanggil 20 saksi. Mengikut pertuduhan pindaan pertama tertuduh didakwa memperdagangkan enam pistol. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang antara jam 6:46 petang 26 Mac hingga 6 petang 28 Mac 2024.

Tertuduh juga didakwa memiliki 200 peluru bersama senjata.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Mekanik didakwa cuba bunuh tunang bekas isteri melakukan ugutan jenayah dan khianat