Buli Siber Esha-Dua individu termasuk Inspektor polis wanita akan dirakam percakapan
1 min read

Buli Siber Esha-Dua individu termasuk Inspektor polis wanita akan dirakam percakapan

This post has already been read 3809 times!

KUALA LUMPUR: Susulan laporan Puspa P Rajagopal, 56 iaitu ibu kepada pempengaruh media sosial, Rajeswary Appahu atau Esha, Polis sudah merakam keterangan seorang ahli perniagaan berkaitan buli siber membabitkan anak perempuannya.

Esha ditemui mati di rumahnya di sebuah pangsapuri di Setapak, di sini, pada 5 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, selain ahli perniagaan lelaki itu, polis juga akan memanggil dua lagi individu termasuk seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang ditahan kerja dalam masa terdekat.

Ibu Esha, , membuat laporan membabitkan dua lelaki serta seorang wanita yang dikatakan memuat naik video serta membuat siaran langsung di media sosial berkaitan anaknya.

Puspa berharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan buli siber supaya mereka dibawa ke muka pengadilan.

Rajeswary Appahu atau Esha

Esha ditemui mati sehari selepas membuat laporan ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Susulan itu, dua akaun TikTok di bawah penama @DulalBrothers dan @Alphaquinnsha disiasat polis dipercayai menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang telah dimuat naik ke akaun masing-masing.

Kandungan tersebut juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada mangsa selain menggunakan kata-kata kesat serta lucah. Bertindak hasil makluman, dua individu yang dikaitkan dengan dua akaun TikTok terbabit telah didakwa di dua mahkamah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenali seorang penjawat awam ditahan