This post has already been read 6178 times!

ALOR SETAR: 22 Julai 2024

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Bukit Kayu Hitam sejak Khamis 18 Julai 2024 lalu, ditemui selamat di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Arau, Perlis pada .

Bapa remaja terbabit, Muhammad Suhairi Ghazali, 45, berkata beliau bergegas ke stesen berkenaan untuk mengambil Dhania Maisara sebaik saja dimaklumkan bahawa anaknya itu sudah dijumpai kira-kira jam 7.30 malam 21 Julai 2024t0.

Beliau berkata, penduduk kampung menemui Dhania Maisara bersama seorang rakan perempuannya ketika mereka turun dari kereta api di stesen itu.

“Penduduk kampung terbabit kemudian menahan mereka sebelum memaklumkan perkara itu kepada saya.

“Setiba di Stesen KTM Arau, saya mendapati anak berada dalam keadaan selamat sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk membuat laporan penemuan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Suhairi memaklumkan setakat ini, Dhania Maisara masih belum bersedia untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku sepanjang tempoh dia dilaporkan hilang.

“Setakat ini, Dhania belum menceritakan apa-apa lagi… mungkin dia masih trauma,” katanya. Muhammad Suhairi berkata, beliau sebelum ini memuat naik status dalam media sosial berhubung kehilangan Dhania Maisara untuk memohon bantuan mengesan keberadaan anaknya itu.

Sebelum itu, beliau berkata, Dhania Maisara dipercayai keluar makan bersama rakan dikenali sebagai Intan, 16, yang baru saja dikenalinya kira-kira sebulan lalu.

“Pada hari kejadian, saya ada menerima pesanan WhatsApp daripada seorang individu mendakwa dirinya sebagai ibu kepada Intan yang memberitahu membawa Dhania keluar makan bersama.

“Bagaimanapun, selepas disiasat melalui pesanan WhatsApp itu, ia didapati sebenarnya dihantar sendiri oleh Intan,” katanya.

Baca Juga   Geng Piji akhirnya melingkup

Beliau berkata, terdahulu melalui ‘penjejak’ iPhone, anaknya itu dikesan berada di Johor Bharu, Johor, pada awal pagi tadi sebelum akhirnya ditemui di KTM Arau.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay