Asap putih dilaporkan ketika sebuah pesawat mendarat di Lapangan Terbang Narita Jepun menyebabkan landasan ditutup pada pagi Isnin 12 Ogos 2024, syarikat penerbangan itu kemudian melaporkan brek yang mengalami kerosakan.

Jentera bomba dan ambulans telah bergegas ke tempat kejadian selepas asap dilaporkan datang dari pesawat Singapore Airlines yang baru mendarat, tidak sebarang tanda-tanda kebakaran dan tiada kecerderaan yang dialami.
Singapore Airlines kemudian menjelaskan bahawa pesawat 7878-10 itu “mengalami masalah teknikal dengan breknya semasa mendarat”.
“Pasukan kejuruteraan darat syarikat menyelesaikan isu teknikal dan menggantikan salah satu tayar pada pesawat Boeing 787-10,” kata syarikat penerbangan itu.
Seorang pegawai lapangan terbang memberitahu AFP bahawa serpihan kepingan tayar pesawat itu ditemui di landasan.
Landasan B Narita ditutup kurang sejam selepas pesawat berkenaan mendarat sekitar 7:40 pagi (2240 GMT), kata pegawai lapangan terbang dan bomba.
Penerbangan itu membawa 260 penumpang dan 16 anak kapal.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.