Penerbangan Malaysia Airlines MH386 selamat mendarat di KLIA selepas 70 minit berada di udara. — Gambar fail Reuters

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Penerbangan Malaysia Airlines MH386 dalam perjalanan ke Shanghai dari Kuala Lumpur terpaksa pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menurut Astro Awani , pesawat itu disyaki mengalami ‘isu tekanan kabin’ sejurus berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 9:14 malam semalam.

Berdasarkan data daripada Flight Radar, pesawat Airbus A330-300, yang didaftarkan sebagai 9M-MTG, mengisytiharkan kecemasan am sejurus selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Penerbangan itu menggunakan kod 7700 dan mula menurun hingga 10,000 kaki, menunjukkan kemungkinan masalah tekanan kabin.

Pesawat itu selamat mendarat di KLIA selepas 70 minit berada di udara.

Semalam 20 Ogos 2024 juga, Penerbangan Malaysia Airlines MH128 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Melbourne membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Alice Springs (ASP) di Wilayah Utara Australia.

9news melaporkan bahawa penerbangan itu, yang berlepas dari Melbourne sekitar 11:20 malam, akhirnya mendarat di ASP beberapa jam kemudian.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada