Bau busuk bawa penemuan mayat dua beranak mati kelaparan
1 min read

Bau busuk bawa penemuan mayat dua beranak mati kelaparan

This post has already been read 12163 times!

Bau busuk dari sebuah rumah di Sungai Abong membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mati kelaparan.

MUAR:24 Ogos 2024 Bau busuk dari sebuah rumah di Sungai Abong di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan terdapat bau busuk dari rumah jiran mereka sebelum membuat pemeriksaan kira-kira 1 tengah hari tadi.

Beliau berkata polis kemudian menemukan dua beranak, masing-masing berusia 76 dan 37 tahun sudah meninggal dunia dipercayai sejak beberapa hari lepas.

“Turut ditemukan seorang wanita OKU berumur 44 tahun yang dilihat dalam keadaan lesu dan kelaparan. Dia ialah anak kepada warga emas yang meninggal dunia itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Raiz Mukhliz berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata wanita OKU itu juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video] Operasi khas PDRM tangkap Mas Selamat