Semakin terasa suasa raya dengan berkumandang lagu-lagu raya dimainkan di corong-corong radio.
Ramai teruja menantikan peluang untuk berkumpul bersama keluarga di kampung halaman, melawat sanak saudara.
Sebelum keluar untuk solat Hari Raya pastinya terlebih dahulu menjamah juadah istimewa pagi raya.
Ketupat, lemang dan nasi impit menjadi hidangan pagi raya yang popular sambil menghirup air kopi atau teh.
Setelah sebulan berpuasa, terasa janggal untuk makan di waktu pagi.
Ketupat daun palas dengan rasa lemak sungguh menyelerakan tambahan pula dimakan bersama rendang. Baunya harum pulut dengan daun palas sedikit berminyak santan.
Kebiasaannya 3-5 biji ketupat dimakan sambil menjamah lemang juga.
Lemang dengan rasa lemak santan yang sangat menyelerakan. Samada lemang daun pisang atau daun lerek kedua-duanya sungguh enak dimakan.
Lebih lazat jika lemang dipanaskan sedikit untuk mendapatkan kelembutan beras pulut.
Tidak lengkap jika nasi impit dengan kuah kacang atau lontong tidak dihidangkan dipagi raya. Kesegaran nasi lembut dengan lemak kuag kacang dan lontong sungguh menyelerakan.
Ditambah pula dengan daging rendang atau satay ayam dihidangkan bersama nasi impit.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.