Teruknya dah bersuami dan punya anak tiga pun pakat dengan kekasih ugut minta RM2,000 dari suami
2 mins read

Teruknya dah bersuami dan punya anak tiga pun pakat dengan kekasih ugut minta RM2,000 dari suami

This post has already been read 7523 times!

Isteri disangka hilang rupanya bersekongkol dengan teman lelaki, ugut suami serah wang RM2,000

Pontian: 28 Julai 2024. Seorang wanita yang disangka hilang bersama tiga anak ketika dalam perjalanan pulang ke kampung rupanya bersekongkol dengan teman lelaki untuk mengugut suami sendiri menyerahkan wang sebanyak RM2,000.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa berusia 41 tahun yang berkerja sebagai pengawal keselamatan membuat laporan polis pada jam 9.47 malam 27 Julai 2024.

Katanya, laporan itu dibuat susulan mesej yang diterima di WhatsApp dari nombor tidak dikenali mengugut meminta wang RM2,000 sekiranya mahu isteri dan anaknya pulang ke pangkuan keluarga.

“Sebelum itu pada Khamis 25 Julai 2024 lalu, mangsa menghantar isterinya yang berusia lingkungan 30-an bersama tiga anaknya ke perhentian bas di Kampung Sepakat Jaya, Pekan Nanas untuk pulang ke kampung di Kota Tinggi.

“Bagaimanapun isterinya gagal dihubungi selepas itu. Ibu mentua yang dihubungi pula memberitahu isteri dan anak-anaknya tidak ada di Kota Tinggi.

“Keesokannya 26 Julai mangsa menerima ugutan melalui WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali meminta sejumlah wang sekiranya mahu isteri dan anaknya pulang,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial, hebahan suami meminta bantuan orang ramai mengesan ibu dan tiga anak yang didakwa tidak sampai ke kampung halaman di Kota Tinggi dengan menaiki bas.

Mohammad Shofee berkata, bertindak atas maklumat, dua serbuan dilakukan di dua lokasi berasingan di Kluang, malam 27 Julai 2024.

“Ketika ditahan, wanita bersama dua anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia tiga hingga 12 tahun berada dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Kluang.

Baca Juga   Rangka disahkan milik Muhammad Shafiq Salihin

“Manakala teman lelakinya berusia lingkungan 40-an yang bekerja sebagai peniaga ditahan di sebuah rumah di Kluang,” katanya.Beliau berkata, ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan mereka ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini, bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 358 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.Â