Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim beberapa hari lalu, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023 Fasa 3 akan dilangsaikan sebelum menjelang Hari Raya Aidil Adha 29 Jun 2023.
STR untuk golongan bujang yang dikategorikan seperti berikut:
1) Bujang berumur 21 – 59 tahun
2) Bujang OKU berumur 19 – 59 tahun
3) Bujang Warga Emas sebatang kara 60 tahun keatas
Untuk makluman, golongan bujang turut menerima bayaran pada fasa 3 seperti berikut:
Golongan bujang terdiri daripada dua kategori iaitu;
1) Bujang berusia 21-59 tahun
dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 akan menerima bayaran sebanyak
RM150.00
2) Bujang OKU 19-59 tahun berpendapatan kurang daripada RM 2,500 akan mendapat bayaran berjumlah RM150.00
3) Bujang Warga Emas sebatang kara 60 tahun keatas akan menerima bayaran sebanyak RM200.00
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.