Ringkasan Bajet 2024 belanjawan Malaysia

This post has already been read 218 times!

Ringkasan intipati kandungan Bajet 2024 Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 13 Oktober 2023 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Belanjawan 2024 Tema Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat Matlamat Induk Bajet 2024: Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan Pengstruktruan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat Peruntukan Bajet RM 393.8 Bilion (Belanjawan tertinggi Malaysia)

Perincian Peruntukan Bajet 2024

Belanja Mengurus RM 303.8

Bilion Belanja Pembangunan RM 90 Bilion

Simpanan Luar Jangka RM 2 Bilion

Fokus Kandungan Intipati Bajet 2024

1. Kenaikan Kadar Cukai Perkhidmatan (SST) Cukai perkhidmatan akan dinaikkan kepada 8% daripada kadar masa kini, 6%. Peningkatan ini terkecuali bagi sektor makanan & minuman, parkir kereta, logistik dan telekomunikasi. Cukai ini juga akan diperluas kepada sektor baru.

2. Pengenalan Cukai Barang Bernilai Tinggi Sebanyak 5% – 10% cukai akan dikenakan kepada barang-barang bernilai tinggi seperti barang kemas, jam tangan dan lain-lain.

3. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Peruntukan STR bagi tahun 2024 akan ditingkatkan kepada RM 10 Bilion berbanding RM 8 Bilion pada tahun 2023 Kadar maksimum STR akan dinaikkan kepada RM 3,700 berbanding RM 3,100 sebelum ini.Kadar minimum Bagi golongan belia pula, kadar miniumum STR juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit. Bayaran maksimum kali pertama STR untuk tahun 2024 akan dinaikkan kepada RM 500 berbanding RM 300 tahun sebelumnya, dan dijangka akan disalurkan pada Februari 2024 sebelum Ramadhan Permohonan baharu STR 2024 akan dibuka seawal November 2023

4. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Penerima STR akan menerima RM 100 sebulan (kredit dalam myKad) untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit

Baca Juga   Siapa yang layak terima Sumbangan Tunai Rahmah

5. Rebat Bil Elektrik Dan Pengecualian Deposit Akaun Bil Elektrik Isi rumah miskin tegar akan mendapat sebanyak RM 40 rebat elektrik sebulan serta pengecualian deposit akaun bil elektrik

6. Kenaikan Berperingkat Harga Diesel Bagi menangani ketirisan subsidi diesel dan penyeludupan, harga diesel akan dinaikkan secara berperingkat dan subsidi bersasar akan diperkenalkan

7. Diskaun PTPTN Diskaun bayaran balik PTPTN bermula 14 Oktober 2023 – 31 Mac 2024 mengikut kadar berikut: Pertama: Diskaun 10%, bagi bayaran penuh hutang

Kedua: Diskaun 10%, bagi sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah hutang dalam satu bayaran

Ketiga: Diskaun 15% bagi bayaran potongan gaji atau debit berjadual

8. Bonus Penjawat Dan Pesara Awam Bayaran Insetif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan diberikan kepada penjawat awam sebanyak: RM 2,000, kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk juga kepada lantikan kontrak RM 1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform Bagi pesara kerajaan pula, RM 1,000 akan diberikan termasuk kepada veteran berpencen serta tidak berpencen. Bayaran ini akan disalurkan secara sekali gus pada akhir Februari, menjelang Ramadhan tahun 2024.

9. Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik Golongan yang berpendapatan bawah RM 120,000 setahun layak mendapat rebat sebanyak RM 2,400 bagi pembelian motosikal elektrik.

10. Bayaran Ujian Memandu Bagi tahun 2024, bayaran bagi ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu akan ditanggung kerajaan

11. Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Siswa (FLYsiswa) Program FLYsiswa yang telah diperkenalkan tahun ini akan diteruskan untuk memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar dari golongan kurang mampu

Baca Juga   Siaran media STR Fasa 3 Kementerian kewangan

12. Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun fleksibel KWSP akan diperkenalkan. Akaun yang berbeza ini memudahkan akses ahli kepada simpanan pada bila-bila masa.

13. Pengenalan Cukai Keuntungan Modal Pelupusan saham syarikat yang tidak disenaraikan akan dikenakan cukai sebanyak 10% mulai 1 Mac 2024.

14. Portal Fraud Kebangsaan (NFP) Sebuah portal yang bertujuan untuk menangani kes penipuaan dan penipuan atas talian akan dilancarkan. Portal NFP ini akan mempercepat proses pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana.

15. Tahun Melawat Malaysia Bagi merancakkan pelancongan Malaysia, Tahun Melawat Malaysia akan dilaksanakan semula pada tahun 2026.

16. Ganjaran Aktiviti Kesukarelawanan Sebanyak RM 500 akan diberikan sebagai ganjaran kepada belia yang melakukan aktiviti kesukarelawanan di badan-badan berdaftar oleh kerajaan.

17. Pelepasan Cukai Yuran Kursus Peningkatan Diri RM 2,000 pelepasan cukai sehingga tahun taksiran 2026 akan diberikan bagi yuran kursus peningkatan kemahiran dan kemajuan diri.

18. Yuran Pendaftaran Kemasukan Universiti Awam Bermula 2024, Had yuran pendaftaran ditetapkan tidak melebihi RM1,500 selari dengan nilai pemberian wang pendahuluan PTPTN. Selain itu, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

19. Penerusan Pas My50 Pas My50 akan diteruskan bagi perkhidmtan bas dan rel PRASANA

20. Skim MySalam Pelaksanaan Skim MySalam akan diteruskan lagi bagi tempoh dua tahun

21. Sumbangan Khas Guru Takmir, Guru KAFA, Imam, Bilal, Siak, Noja dan Marbut Kerajaan setuju untuk memberikan sumbagan sebanyak RM 700 sebagai perhargaan jasa

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Jualan Rahmah untuk penjimatan sehingga 30 peratus