Menakjubkan kebaikan cili untuk badan kita

Menakjubkan Kebaikan Dan Kelebihan Makan Cili

Terdapat bermacam-macam jenis cili iaitu cili hijau, merah, cili Api, cili burung dan lain-lain. Tetapi menariknya, ada yang pedas berdesing sampai berasap keluar ikut telinga!

Kalau anda orang Malaysia tulen tentu tak puas kalau tiada cili dalam masakan. Tetapi tahukah anda, apa kebaikan cili pada kesihatan kita?

Cili ada komponen aktif namakan capsaicin yang baik untuk kesihatan kita.

Berikut ini beberapa kebaikan yang ada dalam cili :

1. Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Kajian membuktikan cili boleh mengawal tahap insulin selepas makan. Paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili. Orang yang kencing manis dan tinggi berat badan makan cili baik untuk anda. Tetapi jangan dikunyah-kunyah macam sireh tiap masa.

See also  Syukur, Allah hantar dia ke kedai saya

2. Menjadi Punca Hormon Endorfin

Dalam satu penyelidikan didapati cili membuatkan otak kita melepaskan endorfin. Iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan.

3. Penyenang Fikiran Dan Jiwa

Tentu anda berasa pelik, cili rasa pedas tapi anda suka juga dan puas makan cili sehingga kalau tiada cili dalam masakan rasa tiada kepuasan. Ini kerana hormon endorfin yang dikeluarkan otak memberi nikmat semasa makan dan ketagih serta menaikkan selera anda walaupun ianya pedas.

See also  Tips cara mudah hilangkan rasa pedas.

4. Menyihatkan Jantung Dan Elak Strok

Cili meningkatkan peredaran darah yang dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok.

5. Mencegah Kanser Prostat

Ada kajian mengatakan bahawa siapa makan cili risiko dapat kanser prostat rendah.

6. Cili Sebagai Antibiotik

Capsaicin ada ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili membantu melancarkan peredaran darah dan bawa darah putih melawan jangkitan kuman.

7. Melegakan selsema Dan asma

Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. Jadi sesiapa rasa dada sempit atau asma nak menyerang, cuba-cubalah makan cili.

8. Membantu Bakar Lemak

Capsaicin meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran lemak. Kajian menunjukkan cili mampu meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% hanya dalam masa 3 jam. Bagi sesiapa nak turunkan berat badan, makanlah cili dalam diet anda.

See also  Susu lembu mujarab rawat berak berdarah

9. Cili Sebagai Antioksidan

Cili ada vitamin C dan A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan. Ia membantu memusnahkan bahan-bahan radikal bebas. Radikal bebas yang bergerak

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Menakjubkan kebaikan cili untuk badan kita " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367185
Users Today : 2097
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11817
Users Last 30 days : 64164
Users This Month : 56204
Users This Year : 367185
Total Users : 367185
Views Today : 3132
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18028
Views Last 30 days : 99169
Views This Month : 86970
Views This Year : 566036
Total views : 566037
Who's Online : 21
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares