Rakaman Mendebarkan Perlanggaran Kapal Di Terminal Tanjung Beruas

Dua buah kapal, MT Strovocos dan MV Ocean Line 5001, dilaporkan berlanggar pada kedudukan kira-kira 2.4 batu nautika arah barat daya Terminal Tanjung Bruas, Perairan Tanjung Keling, Melaka pada Jumaat.

Bagaimanapun, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam kenyataan memaklumkan perlanggaran membabitkan kapal pengangkut pasir, MV Ocean Line 5001 dan kapal tangki, MT Strovocos, kira-kira pukul 11.38 pagi itu, tidak menyebabkan kemalangan jiwa serta ancaman kepada alam sekitar.

See also  TINDAKAN TERHADAP PENJAJA BUNJUT BUKAN WARGANEGARA Jln Pasar Pudu.

“MV Oceanline 5001 dari kawasan tambakan Kota Laksamana menuju ke lokasi pengambilan pasir luar had pelabuhan Melaka sebelum melanggar bahagian tengah sebelah kiri MT Strovocos yang ketika itu berlabuh di dalam had pelabuhan Melaka,” menurut kenyataan itu.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kapal tersebut mengalami kerosakan dan susulan itu JLM telah menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

See also  Dua pelajar ditahan kes pukul

Menurut kenyataan itu, JLM juga akan sentiasa memantau situasi tersebut bagi mengekalkan keselamatan pelayaran kapal lain sekali gus memastikan alam sekitar marin tidak tercemar.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang benar dan tepat berhubung kes itu selain menyalurkan sebarang maklumat rasmi terus kepada jabatan berkenaan.

See also  Serangan Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 23 Februari 1950

— BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman Mendebarkan Perlanggaran Kapal Di Terminal Tanjung Beruas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

362994
Users Today : 1133
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9889
Users Last 30 days : 65344
Users This Month : 52012
Users This Year : 362993
Total Users : 362994
Views Today : 1789
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15366
Views Last 30 days : 100906
Views This Month : 80705
Views This Year : 559771
Total views : 559772
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares