Hospital tak dapat tampung pesakit jika rekod empat digit sehari

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

(Gambar hiasan) Gambar kecil: Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Hospital dan fasiliti kesihatan di negara ini mungkin tidak dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 jika kes harian berjumlah 1,755 setiap hari mengikut unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) (R0) 1.5 dalam tempoh 10 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan terus memperkasakan tindakan kesihatan awam bagi mengurangkan nilai kadar kebolehjangkitan itu kepada sekurang-kurangnya di bawah 1.0.

“Jika kita lihat sebelum ini negara mencatat empat digit kes Covid-19 iaitu pada 24 Oktober (1,240 kes), 4 November (1,032 kes) dan 6 November iaitu 1,755 kes.

“Bagaimanapun, selepas (tempoh) itu kita mencatatkan kes kurang daripada yang kita jangkakan (dengan kes kembali kepada tiga digit) dan jika kes semakin berkurang kita akan berupaya melandaikan lengkuk Covid-19,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya hari ini.

See also  Info COVID-19 27 OGOS 2021 82% tahap 1&2

Beliau berkata, tindakan kesihatan awam itu adalah pendekatan paling penting selain kerjasama semua pihak bagi memutuskan penularan rantaian Covid-19 dalam negara.

Selain tindakan kesihatan awam, beliau berkata, amalan semua langkah pencegahan juga adalah matlamat utama KKM dalam mengekang penularan wabak berkenaan.

“Kita perlu mencegahnya dan bukan mengawal ketika peringkat (virus) merebak,” katanya.

See also  Nak lari ke mana?

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri di Semenanjung perlu dipertingkatkan bagi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Penularan jangkitan di Semenanjung dilihat membimbangkan kerana jumlah kes baharu contohnya di Lembah Klang serta Negeri Sembilan hari ini mencatatkan 427 kes melebihi kes di Sabah iaitu 259 kes.

“Tindakan proaktif perlu diambil untuk kekang Covid-19 dan semua pihak perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk kita kawal jangkitan rentas negeri dan rentas daerah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan saringan serta aktiviti kesihatan awam lain di lapangan bagi mengesan jangkitan Covid-19 di satu-satu kawasan.

See also  Peniaga Acheh Rokok Seludup di Kampung Jawa Klang pula

“Untuk kekang jangkitan, kita telah melaksanakan pelbagai tindakan contohnya mereka yang berada di zon merah tetapi kembali ke Kelantan perlu memakai wrist band serta kuarantin,” katanya. – Bernama

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Hospital tak dapat tampung pesakit jika rekod empat digit sehari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124413
Users Today : 3836
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22085
Users Last 30 days : 69758
Users This Month : 18138
Users This Year : 124412
Total Users : 124413
Views Today : 5773
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33552
Views Last 30 days : 108256
Views This Month : 27665
Views This Year : 190055
Total views : 190056
Who's Online : 9
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares