{Video}Lawan arus 1.4 km sebelum langgar kereta, lori

Tapah 12/11/2020: Tindakan seorang lelaki yang cuba melarikan diri dari Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai dengan memandu secara lawan arus sejauh 1.4 kilometer mengundang padah apabila kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 355.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, petang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Axia, Toyota Rush dan sebuah lori pada 6 petang.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan itu berlaku ketika suspek berumur 34 tahun yang memandu kereta Perodua Axia dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Bidor, Perak.

See also  Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan

“Bagaimanapun, sebaik menyedari terdapat SJR di Plaza Tol Sungkai, suspek disyaki memandu secara lawan arus dari susur keluar Plaza Tol Sungkai menghala ke selatan di sebelah kanan arah utara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, tindakan itu menyebabkan kereta dipandu suspek melanggar sebuah kereta Toyota Rush yang dalam perjalanan ke arah utara.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta suspek berpusing beberapa kali ke sebelah kiri jalan arah utara lalu melanggar sebuah lori muatan sarung tangan yang sedang menuju ke arah utara.

See also  Ibu tunggal rayu bantuan pembedahan anak - komplikasi kulit akibat letupan bekas penyembur racun serangga

Namun, beliau berkata, pemandu kereta Toyota Rush berusia 25 tahun dan pemandu lori berusia 27 tahun serta suspek yang berasal dari Taman Batang Padang, Bidor tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

“Siasatan pihak polis juga mendapati suspek dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung untuk merayakan Deepavali.

“Suspek ditahan di kediamannya dekat Bidor kira-kira jam 11 pagi hari ini, untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2020 @ 1:34 PM
Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my

See also  WANITA PANDU KERETA LAWAN ARUS DITAHAN

#HarianMetro
~~~~~
11 Nov 2020

18:55hrs Kemalangan kereta & lori KM 355.2 arah Utara dari Slim River ke Sungkai. Tiada lorong terhalang. Trafik terkawal. Pandu berhati-hati. @LLMinfotrafik

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video}Lawan arus 1.4 km sebelum langgar kereta, lori " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139956
Users Today : 1132
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22085
Users Last 30 days : 74612
Users This Month : 33681
Users This Year : 139955
Total Users : 139956
Views Today : 1577
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34225
Views Last 30 days : 115392
Views This Month : 51967
Views This Year : 214357
Total views : 214358
Who's Online : 31
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares